
Bitget dan Cryptita Plays Membawa Inspirasi kepada Generasi Akan Datang dengan Young Learners' Encyclopedia
/EIN News/ -- VICTORIA, Seychelles, May 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan kerjasama dengan Cryptita Plays dalam penerbitan Young Learners' Encyclopedia, sebuah buku bergambar yang direka untuk memperkenalkan konsep rantai blok dan kripto kepada golongan muda melalui cerita dan visual yang menarik.
Kerjasama ini selari dengan inisiatif Blockchain4Youth dan Blockchain4Her oleh Bitget, yang bertujuan menjadikan pendidikan rantai blok lebih mudah diakses oleh golongan muda dan komuniti yang kurang mendapat perhatian di seluruh dunia. Ensiklopedia ini berfungsi sebagai saluran baharu untuk memudahkan kefahaman terhadap topik yang kompleks serta memupuk minat awal terhadap kripto dalam kalangan generasi akan datang.
Dibangunkan oleh Cryptita Plays, Young Learners' Encyclopedia akan menghuraikan topik utama Web3 seperti desentralisasi dan NFT dengan cara yang menyeronokkan dan mudah difahami untuk minda muda. Projek ini bukan sahaja direka untuk kanak-kanak tetapi juga untuk pendidik yang ingin menyepadukan kandungan berorientasikan masa depan ke dalam bilik darjah. Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan, buku ini akan diedarkan ke kawasan yang kurang mendapat perhatian, bermula dengan sekolah dan pusat komuniti di Filipina yang kurang mendapat akses kepada pendidikan rantai blok.
Penyertaan Bitget mencerminkan strategi yang lebih luas untuk menggalakkan pembelajaran dan inovasi di peringkat akar umbi. Ensiklopedia ini akan menawarkan pendekatan pembelajaran yang praktikal dan kreatif yang menyokong kesedaran awal serta penyertaan jangka panjang dalam ekonomi digital.
"Buku ini bukan sekadar alat pendidikan kreatif. Ia turut berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan generasi akan datang dengan dunia Web3 melalui cerita, ilustrasi, dan imaginasi," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Ia mencerminkan dasar Blockchain4Youth dan Blockchain4Her, iaitu memperkasakan golongan muda serta memperjuangkan suara mereka yang kurang didengari namun membawa perubahan nyata dalam ruang ini. Masa depan Web3 adalah milik mereka dan ia bermula di sini.”
Butiran lanjut mengenai pengedaran Young Learners' Encyclopedia akan diumumkan dalam masa terdekat dan djangka akan dilancarkan menjelang akhir tahun 2025. Pengedaran awal akan bermula di Filipina, diikuti dengan rancangan pelancaran pada peringkat global.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. BitgetWallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami ketidakstabilan harga yang ketara. Pelabur dinasihatkan untuk hanya memperuntukkan dana yang mereka mampu tanggung jika mengalami kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f65aa5c7-664a-4736-8bbd-eebc2d27a020


Distribution channels: Banking, Finance & Investment Industry, Companies, Media, Advertising & PR ...
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
Submit your press release